SUAPAN BERITA
Agensi Angkasa Malaysia - MYSA
Welcome to our official Facebook Page of the Malaysian Space Agency (MYSA), Ministry of Science, Technology, Innovation (MOSTI), Malaysia
Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah berlangsung pada 13 Januari 2026 bertempat di ONL MYSA, Langkawi, Kedah.
.
Sesi penyerahan Dokumen Perakuan Serahan Kerja Siap telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Langkawi kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, disaksikan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah serta YBrs. Tuan Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
.
Kerja naik taraf bermula Jun hingga November 2025 merangkumi:
▪️ kerja-kerja dalaman dan luaran bangunan;
▪️ infrastruktur, perabot; dan
▪️ penyediaan ruang penyelidikan astronomi di balai cerap.
.
📌Usaha ini merupakan langkah strategik MYSA dalam memperkukuh peranan ONL sebagai hab astronomi negara, seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEAM serta menyokong pembangunan ekonomi setempat melalui program Astrotourism.
.
📌ONL dibangunkan pada tahun 2006 sebagai kemudahan penyelidikan untuk penyelidik tempatan dan antarabangsa, serta merupakan antara balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa dalam bidang astronomi optikal.
.
📌Kedudukan ONL di khatulistiwa juga mempunyai kelebihan untuk merekodkan data astronomi di kedua-dua hemisfera utara dan selatan.
.
📌Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi konsultansi, latihan dan penggunaan kemudahan seperti:
▪️ Astrometri, fotometri dan spektroskopi bintang;
▪️ Data serta imej cerapan objek malam, Matahari dan cuaca angkasa; dan
▪️ Pengendalian instrumentasi serta pencerapan data.
.
Hadir sama, YBrs. Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI serta pegawai daripada JKR Kedah dan MYSA.
.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil kontraktor yang terlibat.
.
Majlis disusuli dengan lawatan ke sekitar bangunan bagi meninjau kerja-kerja naik taraf yang telah dilaksanakan
.
MYSA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen semua pihak.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Kredit: Video JKR DAERAH LANGKAWI
.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi
#dasarangkasanegara2030 #DAN2030
#malaysiaspaceexploration2030 #MSE2030
#MalaysiaMADANI
... See MoreSee Less
- Likes: 5
- Shares: 0
- Comments: 0
Photos from Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)'s post ... See MoreSee Less
𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
3 hari lagi menjelang Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”.
📅 𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
🕙 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐧, 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Ikuti siaran langsung melalui 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢.
#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AmanatKSN2026
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
... See MoreSee Less
Kambing saya pernah melihat berbagai Kalimat Di Angkasa Langit Telah Mati Siapa lagi yang akan mati
[HARI INI] Saksikan Agrotek RTM - Radio Televisyen Malaysia, 11 Januari 2026 (Ahad), 6.00 petang,TV1, topik Teknologi Angkasa: e-SMART. ... See MoreSee Less
Majlis Amanat Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Tahun 2026 telah berlangsung pada 8 Januari 2026 bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja MYSA atas pencapaian sepanjang tahun 2025. Beliau seterusnya menekankan bahawa usaha perlu dilipatgandakan memandangkan KPI MYSA bagi tahun 2026 serta pelaksanaan program-program strategik berimpak tinggi negara seperti Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), Pembangunan Kemudahan Pelancar dan Pembangunan Bandar Angkasa menuntut komitmen tinggi, tanggungjawab, amanah, integriti dan ketelitian. Perancangan program/aktiviti ini adalah bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi angkasa, membuka peluang pekerjaan, memperkukuh kepakaran tempatan serta merealisasikan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
.
Beliau turut menekankan bahawa nilai kerja yang betul perlu ada dalam diri setiap warga MYSA bagi menjayakan program dan aktiviti yang telah dirancang. Antara elemen penting yang ditekankan ialah penghayatan sedaya-upaya, pembaharuan dan penambahbaikan berterusan, kebertanggungjawaban di semua peringkat, kepatuhan/hormat kepada peraturan, pentadbiran serta pengurusan yang cekap dan bersih, serta kaedah pelaksanaan yang cepat dan pantas.
.
Penetapan program/aktiviti dengan nilai kerja yang betul adalah selaras dengan Amanat Tahun 2026 YAB Perdana Menteri yang menekankan transformasi perkhidmatan awam dan digital demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
.
Turut berlangsung, penyampaian surat kenaikan pangkat kepada 15 Pegawai Penyelidik MYSA. Tahniah diucapkan dan semoga ia menjadi motivasi untuk pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi
#dasarangkasanegara2030 #DAN2030
#malaysiaspaceexploration2030 #MSE2030
#MalaysiaMADANI
... See MoreSee Less


